Ads Top

Beberapa Wanita Berkongsi Cerita Mereka Perlu Berkahwin Sebelum Usia 25 Tahun

Isu perkahwinan sering menghantui sesiapa sahaja terutamanya kaum wanita. Masyarakat kita sering mempunyai stigma negatif terhadap wanita yang masih tidak berkahwin walaupun usia sudah semakin meningkat. Dari situ lahirlah pelbagai gelaran kurang enak seperti andartu, anak dara tua atau andalusia.

Stigma negatif ini bukan sahaja terdapat dalam masyarakat di Malaysia sahaja. Di China, golongan wanita yang tidak berkahwin ini digelar ‘Sheng Nu’, yang jika diterjemah bermaksud perawan tua. “Gelaran ini diberi pada wanita yang berumur 25 tahun ke atas yang masih belum berkahwin,” kata Li Yu Xuan, wanita berusia 33 tahun yang masih belum berkahwin. Dalam satu filem pendek oleh produk kecantikan terkenal SK-II, Xuan dan beberapa wanita lain meluahkan kebimbangan mereka untuk lebih difahami oleh masyarakat.

Tahun Lepas, International Prestige Skincare Brand SK-II melancarkan kempen #changedestiny – kempen di peringkat global yang masih berlangsung bertujuan untuk wanita mempunyai kuasa dalam membentuk masa depan mereka sendiri. Sebagai salah satu kempen untuk SK-II ini, SK-II telah berkongsi cerita wanita-wanita yang berjaya menghadapi cabaran yang menghalang mereka untuk mencapai mimpi dan impian mereka.

Bagi mengekalkan tema tersebut, filem pendek ‘Marriage Market’ telah dilancarkan, dengan mengetengahkan isu wanita di China yang perlu berkahwin sebelum usia mereka 25 tahun. Beberapa wanita telah dipilih dan tampil untuk berkongsi cerita mereka tentang isu ‘Sheng Nu’ ini.

Key_Images_00092164

Panggilan itu seringkali digunakan dalam kehidupan harian masyarakat di China. Biasanya dipakai untuk menjatuhkan air muka mereka yang kahwin lambat. Seperti apa yang dapat dilihat dalam filem ini, berkahwin atas dasar cinta bukanlah semudah yang disangka. Di China, marriage market ini adalah satu perkara yang biasa.

Ibu bapa akan mencari, membandingkan dan mencari persamaan antara anak dan bakal suami bagi anak mereka. Perkara seperti ketinggian, berat badan, gaji pekerjaan dan personaliti turut diambil kira dan dibandingkan. Ada di antara wanita yang tidak langsung mengetahui bahawa mereka berada dalam ‘market perkahwinan’ untuk dijadikan jodoh kepada bakal suami yang mereka langsung tidak kenali.

Key_Images_00096563

Dalam filem ini juga, ramai responden yang berbelah bahagi antara mencuba untuk memenuhi kehendak ibu bapa, expectation untuk membina keluarga bahagia tetapi pada masa yang sama mahu membina masa depan mereka sendiri.

Dengan kempen ini, SK-II mengambil langkah yang positif untuk membantu wanita menghadapi tekanan market perkahwinan ini. Satu ‘iklan perkahwinan’ yang dibuat oleh SK-II yang sebenarnya bukan iklan tetapi lebih kepada mesej dari wanita-wanita independen ini; di mana mereka mahu mempunyai kuasa untuk menentukan takdir dan masa depan mereka sendiri. Dengan itu, satu platform telah dibentuk untuk wanita ini meluahkan buah fikiran dan suara mereka.

sk 111

“Saya tidak mahu berkahwin hanya disebabkan saya perlu berkahwin. Saya tidak akan hidup dengan gembira jika itu matlamatnya,” kata Xuan dalam filem ini. Diharap filem ini dapat membentuk kembali rasa hormat dan membuang stigma negatif Sheng Nu ini dalam masyarakat. Dalam dunia serba moden ini, setiap individu mempunyai hak untuk mementukan masa depan mereka sendiri dan dengan siapa mereka mahu berkahwin.

Walaupun penantian untuk mencari jodoh itu mungkin mengambil masa, tetapi ianya pasti akan lebih bermakna bukan? Lihat filem pendek oleh SK-II ‘Marriage Market’ ini di bawah. Boleh juga tonton bersama keluarga anda yang paksa anda untuk berkahwin pada usia muda. Biar lambat janji jumpa pasangan yang akan till jannah bukan?

Anda boleh ke laman SK-II untuk baca cerita-cerita inspirasi lain yang dikongsi oleh wanita seluruh dunia melalui kempen #changedestiny.

No comments:

Powered by Blogger.