Ads Top

Apple Bakal Hadir Dengan Macbook Dengan Lebih Nipis Berbanding Sebelum Ini

Jika pada bulan lepas, Apple berjaya berjaya melancarkan iPad Pro 9.7 dan iPhone SE, kini tiba giliran buat Macbook pula mendapat sentuhan terbaru daripada Apple.

Berdasarkan beberapa sumber, Apple mahu menyediakan Macbook yang lebih nipis berbanding Apple Macbook 12-inci yang baru sahaja dilancarkan tahun lepas. Kami sendiri agak terkejut dengan berita ini memandangkan Macbook yang dihasilkan Apple sebelum ini sudah cukup nipis dan kompak.

2015_new_macbook_gold

Adakah disebabkan Apple tercabar dengan HP Spectre yang dinobatkan sebagai komputer riba ternipis dunia? Bukan itu sahaja, apa yang lebih mengejutkan adalah Apple bakal melancarkan Macbook yang lebih nipis ini dengan 2 variasi berbeza iaitu model 13-inci dan 15-inci.

Perubahan dari segi processor Intel, ruang storan dan grafik yang terbaru adalah seperti yang dijangka. Apple juga kemungkinan bakal hadir dengan Macbook yang rekabentuk berbeza daripada sebelum ini. Warna Rose Gold juga akan hadir buat Macbook seperti mana yang mula diperkenalkan pada iPhone 6S dan seterusnya iPhone SE.

Apple juga dijangka akan mengumumkan sistem operasi mereka yang dijenamakan semula sebagai MacOS.

No comments:

Powered by Blogger.