Ads Top

Akaun Instagram Digodam Dan Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Kes akaun media sosial digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sering terjadi kepada pemilik akaun yang mempunyai jumlah followers yang banyak seperti selebriti dan social media influencer. Jadi, tidak menjadi satu kepelikan apabila ada di antara mereka melaporkan akaun media sosial mereka telah digodam.

ig wawa

Terbaru, akaun Instagram milik Wawa Zainal telah ditukar username dan password. Malah, semua gambar di dalam akaun yang mempunyai 1.1 juta followers tersebut dipadamkan sebelum ia dibuka untuk dijual kepada pihak yang berminat.

Contoh perbualan dengan penjual Instagram

Contoh perbualan penulis dengan penjual akaun Instagram

Tahukah anda satu akaun Instagram yang mempunyai 30,000 followers berharga RM4,500? Bayangkan jika 1.1 juta followers, berapakah nilainya di mata penggodam? Lumayan kan.

Jika anda nampak akaun Instagram meninggalkan komen atau kongsi post yang bukan dibuat oleh anda, itu berkemungkinan kata laluan anda telah digodam.

Jadi, anda perlu cepat bertindak melakukan 5 perkara ini untuk menyelamatkannya:

1. Tukar kata laluan atau klik reset kata laluan ke email anda.
2. Membatalkan akses ke mana-mana aplikasi pihak ketiga.
3. Selamatkan akaun jika anda masih boleh log ke dalamnya.
4. Buat laporan kepada Instagram sekiranya anda sudah tidak boleh log masuk.
5. Periksa email anda yang digunakan untuk pendaftaran akaun Instagram.

Mungkin juga anda fikir ini semua poyo sebab tidak berapa lama kemudian si pemilik akaun menyatakan akaun media sosialnya sudah ada semula. Sebenarnya itu boleh berlaku jika bertindak pantas dan alert dengan email yang diterima.

Klik pautan 'let us know' jika anda tidak minta kata kunci akaun Instagram ditukar

Klik pautan ‘let us know’ jika anda tidak minta kata kunci akaun Instagram ditukar

Ini kerana setiap pertukaran kata kunci akan dimaklumkan oleh pihak Instagram melalui akaun email anda yang digunakan untuk pendaftaran akaun Instagram. Anda perlu klik pautan ‘let us know’ sekiranya anda tidak pernah meminta kata kunci ditukar.

Pihak Instagram turut sedar tentang risiko penggodaman ini. Maka, mereka telah kongsi 5 tip keselamatan untuk membantu akaun anda tidak mudah digodam.

1. Pilih kata kunci yang kuat.

Pastikan anda menggunakan kombinasi sekurang-kurangnya 6 nombor, huruf dan tanda (seperti ‘!’ dan ‘&’). Kata kunci itu juga mesti berbeza dari kata kunci yang anda gunakan di platform lain di internet.

2. Jaga kata kunci dengan baik.

Jangan sesekali memberikan kata kunci anda kepada orang yang anda tidak kenal dan tidak boleh dipercayai.

3. Pastikan akaun email selamat.

Sesiapa sahaja yang boleh membaca email anda juga berkemungkinan besar boleh mengakses akaun Instagram anda. Jadi, tukar semua kata kunci untuk akaun email anda dan pastikan kata kunci itu tidak sama bagi akaun-akaun media sosial yang lain.

4. Log keluar akaun.

Pastikan anda log keluar akaun Instagram jika anda menggunakan komputer atau telefon yang dikongsi dengan orang lain. Jangan sesekali tanda kotak “Remember Me” apabila anda log masuk dari komputer awam. Ini kerana orang lain boleh log masuk selepas anda menutup browser window komputer itu.

5. Aplikasi pihak ketiga.

Sekarang ini banyak aplikasi yang menarik untuk digunakan bersama akaun Instagram. Anda perlu fikir sebelum membenarkan mana-mana aplikasi pihak ketiga synchronize dengan akaun Instagram anda.

Contoh aplikasi atau laman web yang menyediakan alat untuk dapatkan free followers atau likes. Ini kerana ada kemungkinan aplikasi tersebut mengambil alih akaun anda tanpa anda sedari.

Tip tambahan

Selain itu, anda jangan begitu mudah klik apa-apa pautan yang meragukan yang diterima melalui pesanan ringkas (SMS), Whatsapp, internet dan lain-lain. Walaupun pautan itu dihantar oleh orang yang dikenali, anda perlu tetap berhati-hati. Jangan semberono sahaja.

Anda juga digalakkan selalu menukar kata kunci akaun media sosial dan pastikan email yang tertera di bahagian deskripsi akaun media sosial anda itu bukanlah alamat email sama yang digunakan untuk mendaftarkan akaun media sosial tersebut.

Semoga info ini dapat membantu anda. InshaAllah.

No comments:

Powered by Blogger.