Ads Top

Ahli Psikologi Bersetuju Kanak-Kanak Yang Degil Akan Lebih Berjaya

Sesetengah kanak-kanak seolah-olah dilahirkan dengan sikap degil dan keras kepala. Sejak kecil mereka menunjukkan tanda-tanda keras kepala seperti menolak sudu yang disuap dan meronta-ronta tidak mahu dipakai baju.

Apabila umur meningkat, mereka akan marah setiap perkara yang tidak mengikut kehendak mereka. Tantrum akan berlaku setiap hari. Mereka seolah-olah hilang upaya untuk mendengar arahan dan gemar berhujah.

A little cute Girl is sulking. She is wearing a purple shirt in front of a gray background.

“Saya tidak akan potong rambut. Jangan sesekali memaksa saya. Jawapan saya muktamad.” Kata seorang kanak-kanak kepada ibunya dengan raut wajah yang nekad.

Kata seorang ayah kepada anaknya, “Anda tidak akan masuk ke universiti dan berjaya dalam hidup jika tidak belajar.” Si anak pula menjawab, “Betul? Betul tiada siapa yang pernah berjaya jika tidak masuk ke universiti?” sambil memandang ayah beliau dengan perasaan ingin melawan. Kata-kata sedemikian kedengaran mengecewakan.

Kanak-kanak Yang Degil Lebih Berjaya

Ada yang menggelarkan kanak-kanak ini degil dan keras kepala. Tetapi mereka sebenarnya adalah individu yang mempunyai keazaman tinggi, tetap pendirian dan tidak mudah terpengaruh terhadap sudut pandang orang lain.

d3

Laura Markham, seorang ahli psikologi klinikal dari Universiti Columbia, menerangkan bahawa kanak-kanak yang tinggi keazaman biasanya akan membesar menjadi seorang pemimpin. Mereka juga kurang terpengaruh terhadap rakan sebaya dan lebih bersemangat mengejar impian. Mereka selalunya belajar sesuatu untuk kepuasan diri.

Mereka cenderung menentang pihak berautoriti dan gemar mencabar status quo yang membawa mereka berfikir di luar kotak. Mereka juga lebih kreatif dengan idea-idea baru untuk memulakan sesuatu gerakkan atau perniagaan. Mereka ini lebih cenderung menjadi usahawan kerana tidak gemar mengikut kebiasaan.

Cara Mengatasi Kanak-Kanak Yang Degil

“Ayah dengar kamu tidak mahu guna payung walaupun hari hujan. Sudah tentu kamu boleh pilih apa yang kamu mahu. Tetapi jika hari hujan, ayah akan memilih untuk menggunakan payung supaya tidak kesejukan dan demam yang akan mengambil masa ayah bermain.”

Mendengar kata-kata tersebut, sudah tentu si anak akan mengikut arahan ayah beliau. Kadang-kala, akal kanak-kanak sukar untuk membayangkan akibat yang akan berlaku. Kata-kata yang tepat mampu mengajar mereka untuk tidak malu menerima maklumat, nasihat dan berubah cara berfikir.

d1

Orang dewasa sering beranggapan mereka tahu semua perkara. Tetapi kanak-kanak juga mempunyai sudut pandang yang tersendiri dan apabila dicabar mereka akan cuba sedaya upaya melindungi seolah-olah ia sangat penting.
Mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan dan memahami kehendak mampu melembutkan hati mereka.

“Ayah dengar kamu tidak mahu mandi. Boleh ayah tahu sebab tindakkan tersebut?” Jawapan yang si ayah terima mungkin tidak logik tetapi jika tidak mendengar dengan baik dan teliti si ayah tidak akan tahu jawapan sebenar.

Kadang-Kala Perlu Bertegas

Sudah tentu ibubapa perlu bertegas ketika anak mereka berada dalam situasi yang berisiko tinggi seperti ketika melintas jalan dan ketika berada didapur. Tetapi untuk isu yang kecil, yang tidak mengancam nyawa, mungkin lebih baik ibubapa membiarkan mereka memilih apa yang mahu dilakukan.

d4

Anak yang mendengar kata dan taat adalah hasil daripada kepercayaan mereka terhadap ibubapa yang datang melalui perbincangan dan empati. Bukan melalui hukuman dan herdikan. Anak-anak yang taat dan tinggi keazaman akan lebih berdikari dan mampu membuat keputusan yang wajar untuk diri sendiri.

No comments:

Powered by Blogger.