Ads Top

7 Idea Rak Dinding Yang Akan Menceriakan Ruang Bilik Anda

Dinding kosong di dalam ruang bilik anda tidak semestinya dibiarkan kosong. Kadangkala, hiasan yang sesuai boleh memberikan kesan terhadap emosi dan perasaan anda. Terdapat pelbagai jenis rak dinding yang boleh didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan. Idea rak dinding ini mungkin boleh memberikan nafas baru kepada bilik anda sekaligus menceriakan perasaan anda.

1. Ringkas tetapi cantik

rak dinding 1
Bagi yang rekaan dalaman rumah yang kontemporari atau moden, gaya hiasan selalunya adalah ringkas. Walaupun ringkas, hiasan sebegini boleh meninggalkan kesan yang positif kepada diri anda.

2. Rumah anda, cerminan diri anda

rak dinding 2
Rumah anda haruslah mencerminkan personaliti diri anda. Rak dinding yang diletakkan di ruang bilik anda boleh dihias dengan barang-barang yang menjadi minat atau hobi anda. Sebagai contoh, koleksi buku, kenangan percutian yang pernah dilawati, sukan bola sepak, kereta lumba, mahupun barangan antik atau kraftangan.

3. Berfungsi lebih daripada sekadar hiasan

rak dinding 3
Jadikan rak dinding lebih dari satu fungsi. Sekiranya rak dinding diletakkan di ruang dapur, jadikan ia sebagai tempat meletakkan pinggan mangkuk atau menggantung koleksi senduk anda. Di kamar tidur, rak dinding boleh menjadi tempat meletakkan lampu tidur kamar dan bahan bacaan sebelum tidur. Manakala di ruang tamu, rak dinding berfungsi sebagai tempat meletakkan kunci, surat atau majalah.

4. Kecantikan dalam keganjilan

rak dinding 4
Susunan rak dinding juga amemainkan peranan penting dalam rekaan dalaman bilik anda. Bilangan rak dinding dalam kiraan ganjil dan tidak simetri misalnya dalam kiraan tiga, lima, tujuh dan sebagainya mewujudkan minat si pemerhati. Bilangan ganjil membuatkan mata kita melihat dengan lebih fokus dan memberikan kesan kepada si pemerhati.

5. Bentuk rak yang tidak sama tinggi

rak dinding 5
Bentuk rak dinding yang tidak sama tinggi atau tidak simetri juga memberikan kesan yang sama dengan jumlah rak dinding atau objek. Ia memberikan kesan yang lebih mendalam kepada si permerhati. Susunan sebegini juga menyebabkan kita kurang cepat bosan dengan hiasan dalaman ruang bilik.

6. Naikkan seri dengan objek kilau dan cahaya

rak dinding 6
Objek yang diperbuat daripada gelas, kristal dan logam perak atau pewter membantu menaikkan seri ruang bilik anda. Ini kerana objek sebegini memantulkan kembali cahaya yang terpancar ke atas mereka dan memberikan efek kilauan yang memberi sinar kepada ruang bilik. Rak dinding juga boleh dipancarkan dengan cahaya untuk meningkatkan nilai estetika susun atur hiasan dalaman dan memberikan kesan terhadap perasaan individu.

7. Susun buku mengikut warna

rak dinding 7
Sekiranya anda mempunyai koleksi buku yang banyak, anda boleh menyusun buku mengikut warna pada rak dinding bilik anda. Koordinasi warna ini boleh mendatangkan mood ceria dan harmoni dalam ruang bilik anda.

Bilik yang ceria mewujudkan insan yang ceria. Bagaimanapun cara hiasan rak dinding anda, yang penting ia mengikut citarasa anda. Usah biarkan ruangan bilik anda kosong. Sekarang anda sudah boleh memikirkan gaya hiasan rak dinding anda. Tepuk dada, tanya selera!

No comments:

Powered by Blogger.