Ads Top

7 Cara Berdakwah Penuh Hikmah Daripada Doktor Yang Mengislamkan Ribuan Orang Asli

7 tip dakwah terbaik yang boleh kau orang amal.

Sungguh. Dapat bersua muka dan menimba ilmu dakwah secara langsung dari tokoh pendakwah tanah air ini adalah suatu peluang satu dalam seribu.

Siapa sangka doktor perubatan lulusan Ireland ini telah berjaya mengislamkan hampir ribuan orang-orang asli yang ada di Malaysia ini.

Walaupun usaha dakwahnya tidaklah segah pendakwah-pendakwah selebriti yang lain, namun impak usaha dakwah itu telah berjaya mengislamkan lebih daripada 20 penduduk perkampungan orang asli.

Tidak hairan usahanya itu telah melayakkan beliau untuk mendapat anugerah tokoh pendakwah negara pada tahun 2015.

dakwah-2

Antara nasihat yang diberikan buat pendakwah:

1. Ikhlas dan tidak harap balasan 

Dalam berdakwah pendakwah jangan sesekali meminta balasan sebagai ganjaran. Dakwah itu tugasnya memberi tetapi belum tentu ia diterima orang. Beri dan terus beri. Sampai terlupa untuk diharap balasan kembali.

2. Tidak lokek

Jangan lokek untuk mengeluarkan duit. Kerana nilaian duit itu tersangatlah rendah berbanding dengan usaha yang akan kita lakukan. Belajar daripada sahabat terdahulu.

Mereka tidak lokek untuk berbelanja demi agama. Balasannya, agama itu terus di daulatkan. Pendakwah harus bijak mendekat mad’u (orang yang didakwahkan) dalam pelbagai situasi.

3. Tunjukkan teladan dan akhlak yang baik

Pada permulaan dakwah kepada non-muslim, jangan ditonjolkan sangat bahawa kita ingin mengislamkan mereka, cukup ambil teladan dari baginda Nabi SAW. Berdakwahlah bermula dari akhlak yang baik.

Baca: Cara Lelaki Ini Berdakwah Kepada Seorang Freethinker Buat Kami Rasa Bangga Dengan Beliau

4. Santunilah setiap mad’u

Jangan rasa segan dan menjauh dari mereka. Jangan jadi seperti sebahagian pendakwah masa kini. Mereka melaungkan slogan mahu berdakwah tapi bila mad’unya bukanlah di kalangan mereka yang baik-baik dan kosong dalam pengamalan agama, mereka tinggalkan. Ini salah.

5. Cekal dan kuat

Rasa sakit, difitnah, dihina. Itu adalah resam rasmi semasa berdakwah. Pendakwah itu harus kuat fizikal dan kuat hatinya. Ini nyamuk hinggap sikit dah mengeluh.

6. Perkemaskan diri dengan serba sedikit ilmu agama

Ajarkan mad’u tentang agama dari yang asas-asas dahulu. Janganlah para pendakwah bebani mereka dengan kewajipan yang berat-berat.

Jangan mulakan terus dengan istilah ini haram! Ini salah! Ini bidaah! Dakwah dengan memujuk dan mengajak dulu untuk mengamalkan akhlak mulia itu lebih baik.

7. Berdoa

Ini penting. Ramai yang dah usaha, tapi meninggalkan doa dan tawakal. Kerja dakwah adalah usaha kita, namun hidayah itu tetap milik Allah. Selepas menyampaikan dakwah banyakkan berdoa. Agar dakwah, doa, kita dan dia itu ada dalam satu ikatan yang kuat.

Akhir sekali pesanan yang saya dapat ambil.

Kamu adalah generasi baru dalam dakwah. Saya adalah kaum tua yang tidak pandai menggunakan serba macam teknologi ini. Manfaatkan apa yang kamu boleh buat dengan teknologi yang ada. Gunakanlah media sosial untuk kerja dakwah dan islahkan orang.

Maka demikianlah asbab nota ini abang tinggalkan untuk kau orang kawan. Abang harap ia sebagai salah satu sumbangan abang untuk kita semua kerana muslim itu pendakwah.

Terima Kasih sudi baca cerita panjang ini. Moga abang dan kau boleh menjadi penyambung mata rantai pendakwah-pendakwah yang sedia ada.

Arif Sukri
Kita Semua Pendakwah

Baca lagi: 5 Perkara Tentang Dr Harlina Halizah Yang Anda Patut Tahu

No comments:

Powered by Blogger.