Ads Top

50 Aplikasi Yang Paling Kerap Digunakan Pengguna Telefon Pintar

Seolah-olah tidak logik untuk kita tidak membuka sebarang aplikasi pada setiap kali menggunakan telefon pintar. Cukup dengan adanya internet, pasti aplikasi seperti Facebook, Twitter dan Instagram menjadi pilihan orang ramai.

Sebuah survei telah dibuat oleh SurveyMonkey untuk mengetahui 50 aplikasi yang kerap digunakan oleh orang ramai. Hasilnya agak mengejutkan saya juga.

Most-addictive-mobile-apps

Mungkin tidak mengejutkan untuk melihat aplikasi Facebook merupakan aplikasi yang kerap digunakan pada telefon pintar. Apa yang mengejutkan adalah aplikasi seperti Instagram dan Whatsapp sekadar berada di pada no.10 dan no.15 di dalam carta. Aplikasi Twitter pula tidak tersenarai di dalam 50 aplikasi yang kerap digunakan.

Daripada carta ini boleh kita tafsirkan bahaya aplikasi yang banyak digunakan oleh orang ramai adalah berkaitan ‘social networking’. Mungkin disebabkan news feed atau berita yang dikeluarkan adalah berbeza setiap hari buatkan pengguna kerap menggunakannya.

CoC_titlescreen_2013_1440_727_c1

Game yang kerap dilayan pula ada Words With Friends dan bukanlah Clash Of Clans atau Clash Royale. Orang ramai juga nampaknya sangat cakna dengan bateri dan sekuriti telefon mereka sehingga tersenarai pada no.2 dan no.3 carta.

Walaubagaimanapun, kami yakin carta tidaklah menggambarkan tabiat pengguna seluruh dunia dan dengan lebih spesifik lagi rakyat Malaysia. Kami yakin carta ini akan sedikit berbeza jika responden daripada rakyat Malaysia.

Apakah 5 aplikasi yang kerap digunakan oleh anda? Pada saya, membuka Instagram, Facebook, Twitter, Whatsapp dan Telegram seperti sudah menjadi perkara yang wajib setiap hari. Anda?

No comments:

Powered by Blogger.