Ads Top

5 Sebab Filem Redha Lebih Terkesan Mesejnya Daripada Ola Bola

5 sebab filem REDHA adalah filem drama medik terbaik dan lebih terkesan mesejnya daripada Ola Bola.

1. Storytelling yang berkesan dan HIDUP!

Redha

Redha

Redha mengisahkan perjalanan diri Razlan dalam menanggapi anugerah Allah yang sangat istimewa; anak austistik Danial.

Ada 5 fasa yang dilalui Razlan:

1. Penafian
2. Pencerahan
3. Penerimaan
4. Penyerahan kepada Takdir
5. Keredhaan

Ia sebuah penceritaan yang begitu indah dalam menjemput empati masyarakat kepada ujian getir yang dilalui watak-watak yang terlibat.

Razlan yang pada awalnya berada dalam state of denial (Fasa 1), dipandu Ilahi dengan ‘cahaya’ pencerahan hidayah melalui ruang ‘luka ujian’ kematian isterinya (Fasa 2).

Lalu, bertitik-tolak daripada itu, suatu kejadian luar biasa telah ‘menarik’ Razlan yang ‘kelemasan dalam dilemanya’ untuk menerima Danial seadanya (Fasa 3).

Namun, Razlan terus diuji bagi mempastikan keteguhan hatinya, lalu, mengangkat penyerahan kepada Takdir Yang Maha Esa (Fasa 4).

Hanya setelah benar-benar lulus ujian, barulah sinar REDHA itu melimpah ke tubuh jiwa Razlan dalam menyambut ‘kemenangan’ anugerah Allah.

Jika anda benar-benar inginkan filem cereka Malaysia yang bagus, dan sering mempersendakan karya tempatan, mengapa tidak anda tonton filem ini dan lihat bagaimana ia dibikin sehabis baik.

2. Dijamin Mengubah Persepsi Kita Tentang Autisme.

Redha

Redha

Sekalipun kita kadang-kadang melihat Austistik ini sebagai suatu ujian pahit, filem ini tidak dibikin secara ‘dark’. Malah, keindahan dan kebiruan alam disajikan sehabis banyak dalam visual filem ini.

Mengapa? Kerana, itulah mesej yang paling utama yang hendak disampaikan agar ia dapat diraikan. Mengapa tidak kita bergembira dan bersyukur, apabila menerima kehadiran anak Austistik dalam masyarakat kita?

Autism adalah ‘Beautiful Pain’.

Ini bukan filem untuk ibu bapa kepada anak autistik sahaja. Ia filem sejagat. Lebih wajar masyarakat umum menontonnya agar bersama menambahkan ilmu pengetahuan tentang spektrum keunikan Austism ini.

3. Motivasi Buat Keluarga terutama yang diuji dengan masalah kesihatan.

Redha

Redha

Filem ini membawa penonton menghayati journey seorang ayah sehingga begitu meruntun hati. Keegoaan ayah adalah tipikal masalah permulaan anak-anak yang diuji.

Selain mencari nafkah keluarga, seorang ayah perlu menjadi tunjang kebergantungan keluarga dalam mencapai makna bahagia.

Dan, kebahagiaan itu perlu bersama-sama dipupuk dan dijemput. Bukan saling menunding jari atas keruntuhan payung rahmat dalam keluarga.

4. Para Pelakon menghayati dan membuat kajian mendalam tentang watak mereka.

Redha

Redha

Pelakon-pelakon utama yang dipilih dalam filem ini begitu methodic.

Penghayatan watak itu satu hal yang sangat cemerlang. Lebih membanggakan, mereka sendiri terlibat dalam research dalam mempersembahkan lakonan mapan.

Tiada seorang pun daripada mereka yang mencuri limelight dan mengecilkan peranan pelakon lain. Malah, masing-masing berdiri atas keberadaan watak mereka yang khusus dan berjaya sehingga menjadi ‘Hidup’ di dalam filem ini.

5. Tidak akan ditayangkan di Astro First jika tiada sambutan

Redha

Redha

Kalau anda tak tonton sekarang, mungkin dalam beberapa hari, filem ini tak akan ditayangkan lagi.

Di GSC Quill City Mall hari ni, tiket dah jatuh RM8.50, mungkin akhir minggu ini akan ditamatkan tayangan.

Lebih merugikan (jika anda tak tonton lagi), filem ini tidak diedarkan ke Astro First dan juga tiada physical copy. Maka, segeralah tonton filem ini di pawagam.

Kesimpulan

Jika anda pernah menonton filem Laskar Pelangi dari negara seberang, maka filem ini adalah WAJIB ditonton buat peminat filem tempatan.

Mesej dan jalan ceritanya yang dikarang hebat, insyallah membangkitkan emosi dan membawa kita ke dimensi positif yang baru.

Sekian. Sekalung penghargaan buat semua pencipta REDHA! Atas apa jua kekurangan dalam filem ini, kita lihat kesungguhan yang besar nilainya di dunia ini dan di akhirat.

Kredit kepada Tuan Thaaqib Mohd untuk ulasan movie ini dan Puan Noor Aishah.

[embedded content]

No comments:

Powered by Blogger.