Ads Top

5 Pemain Terbaik Dunia Berjersi Nombor 7 Di Dalam Sejarah Bola Sepak Manchester United

Sewaktu era 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan awal 2000 sehingga 2008, kebanyakan pasukan amat mengeruni pemain yang menyarung jersi keramat iaitu nombor 7. Pihak lawan akan memberi tumpuan yang lebih dan penjagaan yang ketat kepada pemain tersebut sewaktu pasukan mereka menentang kelab Manchester United.

Mungkin kini jersi nombor 7 tidak lagi gah pada kelab Manchester United jika hendak dibandingkan dengan era sebelumnya perpindahan Cristiano Ronaldo ke Real Madrid. Tapi ini adalah satu kisah yang patut diketahui peminat bola sepak.

Nombor 7 pernah dilabel sebagai nombor keramat kerana nombor 7 ini hanya diberikan kepada pemain-pemain bertaraf lagenda yang sangat handal dan sentiasa memberi impak yang sangat besar didalam pasukan Manchester United untuk meraih kejuaraan demi kejuaraan ketika itu.

Kebanyakan generasi muda sekarang tidak berpeluang untuk menyaksikan aksi magis dari pemain nombor 7 dan ada juga diantara mereka tidak mengetahui bertapa pentingnya jersi nombor 7 kepada kelab bola sepak Manchester United dan peminat seluruh dunia amnya.

Kini, kelab Manchester United amat merindui sentuhan magis pemain yang menyarung jersi nombor 7 kerana ramai pemain yang cuba memakai jersi nombor 7 sehingga saat ini boleh dianggap sebagai tidak layak dan gagal untuk menyarung jersi keramat itu!

Di sini, saya menyenaraikan lima pemain terbaik bertaraf lagenda yang pernah menyarung jersi keramat bernombor 7 itu.

1. George Best

george best

George menjadi pemain professional pada tahun 1963 dan membuat penampilan sulung Manchester United sewaktu menentang pasukan West Bromwich Albion pada 14 september 1963 dan ketika itu George hanyalah seorang remaja yang berumur 17 tahun.

Walaupun George mengalami masalah berjauhan dengan keluarga, prestasi George tidak pernah terganggu sehinggakan kelab Manchester United sanggup untuk mempersetujui syarat yang ditetapkannya sewaktu perlawanan menentang Burnley dimana George meminta supaya selepas permainan tamat, pihak kelab haruslah menerbangkannya semula ke Belfast.

george best manU 1

Pencaturan kelab Manchester United menepati sasaran kerana pada perlawanan itu mereka telah berjaya memalukan semula pasukan Burnley yang sebelumnya telah membelasah Manchester United pada “Boxing Day” yang lalu. George telah menjaringkan gol pertamanya didalam perlawanan itu.

Dalam enam musim yang ajaib,George Best telah menjaringkan 179 gol dalam 370 perlawanan dan ini adalah sangat menakjubkan.

2.Bryan Robson

Pada hari-hari awalnya dengan West Bromwich Albion, tiga kali kaki beliau patah dalam setahun telah mengancam masa depannya. Tetapi dengan usaha yang kuat beliau berjaya pulih sepenuhnya dan prestasinya langsung tiada tanda-tanda kemerosotan selepas tempoh pemulihan tersebut.

Apabila bos Manchester United yang baru, Ron Atkinson kembali ke kelab lamanya, dia telah diberikan peruntukan sebanyak £2 juta untuk membawa Bryan Robson dan Remi Musa masuk ke Old Trafford pada Oktober 1981. Perjanjian ini dinamakan sebagai perjanjian “Robbo” yang mencipta rekod perpindahan yang termahal ketika itu, iaitu £1.5 juta.

Robson telah menikmati banyak kejayaan didalam kerjayanya. Beliau adalah seorang kapten yang memberi inspirasi kepada kelab dan negara yang diwakilinya. Sewaktu beliau menjadi kapten, beliau telah membawa kepada kemenangan secara Hatrik dalam Piala FA pada tahun 1983,1985 dan 1990.

bryan robson

Pada tahun 1983, beliau telah menjaringkan 2 gol pada perlawanan akhir Piala FA menentang Brighton and Hove Albion dan perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan 4-0. Beliau juga turut memenangi 90 cap bersama england dan menyarung sebanyak tiga kali jersi “Three Lions” bagi mengharungi tiga edisi Piala Dunia.

Beliau memiliki 26 gol antarabangsa termasuk hatrik menentang Turki pada tahun 1984 dan pernah mencipta rekod gol terpantas yang hanya memerlukan 27 saat untuk menjaringkan gol ketika menentang Perancis didalam Piala Dunia 1982 tetapi rekod gol terpantas tersebut telah dipadamkan oleh pemain turki yang bernama Hakan Sukur pada edisi Piala Dunia Korea-Jepun 2002.

3.Eric Cantona

eric cantona 1

Eric Cantona adalah salah satu pemain bola sepak yang paling kacak dan mempunyai gaya fesyen tersendiri didalam sejarah bola sepak Perancis dan Inggeris. Beliau pada mulanya bermula dari kelab-kelab tempatan di Perancis dan apabila beliau merasakan terdapat perbezaan dengan senario bola sepak Perancis, beliau telah merantau ke England.

Kerjaya bola sepak di England berlangsung selama 6 tahun yang hebat, di mana dia menjaringkan banyak gol dan menjadi terkenal dengan pencerobohan di atas padang bola sepak. Selepas mencapai pelbagai anugerah dan populariti di padang bola sepak, dia telah mengambil keputusan untuk bersara awal daripada sukan itu pada tahun 1997 pada usia yang sangat muda iaitu ketika berumur 30 tahun.

Eric Cantona lebih dikenali sebagai “budak nakal” kerana mempunyai sifat panas baran yang terlampau sehingga pernah menerajang penyokong bolasepak yang mengejek beliau dan tendangan tersebut diberi gelaran sebagai “kungfu kick” yang masih menjadi buah mulut peminat-peminat tegar bolasepak sehingga hari ini.

eric cantona 2

Pada tahun 1991, semasa perlawanan Nimes ‘, Cantona telah membaling bola pada pengadil selepas beliau tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil terhadap beliau. Ini membawa kepada mesyuarat disiplin Persekutuan Bola Sepak Perancis, di mana ia telah memutuskan bahawa beliau akan dilarang daripada beraksi dalam tempoh masa sebulan. Beliau turut menggelarkan semua orang didalam jawatankuasa itu adalah ‘bodoh’ dan larangannya ditambah kepada 2 bulan.

Pada 16 Disember 1991 Cantona mengistiyharkan bersara awal dari bola sepak Perancis. Jurulatih pasukan kebangsaan dan Michel Platini juga turut menasihati beliau untuk kembali beraksi.Namun,Cantona membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya bola sepaknya bersama England.

Pada tahun 1992, beliau kembali daripada bersara dan bermain untuk Sheffield Wednesday dan beliau bermain perlawanan pertama di England pada skala yang lebih besar untuk Manchester United di Lisbon. Dia telah ditandatangani oleh Manchester United dalam perjanjian sebanyak 1.2 juta pound.

Pada tahun 1993, beliau telah didenda oleh FA Cup kerana meludah pada peminat Leeds, dalam perlawanan pertama di Elland Road bersama Manchester United.

Pada tahun yang sama, beliau bermain dalam Piala Eropah dan United tewas kepada Galatasaray di Istanbul, Turki. Beliau menuduh pengadil menipu, mencari masalah dengan polis Turki dan kemudiannya beliau didenda oleh UEFA untuk beraksi didalam empat perlawanan Eropah.

eric cantona 3

Pada tahun 1994, beliau telah dipilih sebagai PFA Player tahunan. Pada tahun yang sama juga, beliau menjaringkan 2 gol dalam perlawanan akhir Piala FA ke atas Chelsea.

Pada tahun 1995,Apabila FA telah mendenda beliau selama sembilan bulan pada musim 1994-1995 kerana terlibat dengan insident terkenal “Kung-Fu kick” terhadap peminat Crystal Palace di Selhurst Park, Cantona dikekalkan hukumannya dan perlu melakukan khidmat masyarakat selama 120 jam secara madatori.

Pada tahun 1996, beliau kembali beraksi dalam perlawanan menentang Liverpool. Pada masa yang sama, Cantona telah dipilih sebagai kapten Manchester United untuk musim 1996-1997, kerana pemergian Steve Bruce ke Birmingham City.

Pada tahun 1997, beliau mengumumkan persaraan beliau dari arena bolasepak.
Sepanjang kerjaya beliau,beliau telah menjuarai liga Perdana Inggeris sebanyak 4 kali secara berturut-turut dan telah menjaringkan gol sebanyak 64 gol dalam 143 perlawanan bersama United.

4.David Beckham

david mu2

Bintang Bolasepak terkenal David Beckham dilahirkan pada 2 Mei 1975, di London, England. Beckham mula bermain untuk Manchester United pada usia 18 tahun.

Bentuk badan seorang model dan wajah yang tampan menyebabkan beliau ditawarkan banyak tajaan di luar padang. Pada tahun 1998, Beckham, yang pernah telah menandatangani perjanjian dengan Adidas, mempersetujui tawaran kontrak yang bernilai $ 13 juta pound.

Nilai jenama Beckham semakin melonjak apabila beliau bertemu Victoria Adams, juga dikenali sebagai “Posh Spice” daripada Spice Girls, pada tahun 1997. Mereka telah mulai jatuh cinta, dan pada 4 Mac, 1999, mereka telah mempunyai anak pertama mereka, seorang bayi lelaki yang dinamakan Brooklyn Joseph. Dua bulan kemudian, Beckham dan Victoria berkahwin dan majlis mereka sangat mewah sehingga mencecah perbelanjaan sebanyak $ 800,000 pound yang berlangsung di istana di luar Dublin, Ireland.

david mu

Di padang, Beckham tidak terlepas dalam mencuri tumpuan media. Pada tahun 1999, beliau mengetuai Manchester United untuk menjuarai kejuaraan Liga Perdana Inggeris, kejohanan Piala FA, dan kejuaraan Liga Juara-Juara. Beliau sangat terkenal dengan sepakan percuma yang mempunyai ketepatan sebanyak 98% menerjah jaring gol.

Sepakan percuma beliau yang paling terkenal sewaktu ketika menentang Greece pada tahun 2001,secara langsung membuatkan England layak ke Piala Dunia 2002. Pada tahun yang sama, Beckham menandatangani kontrak selama tiga tahun yang bernilai $ 22 juta pound untuk terus kekal bersama Manchester United.

Tetapi impian peminat yang menginginkan David beckham menamatkan kerjayanya bersama United tidak kesampaian. Pada tahun 2003, beliau telah dibeli oleh Real Madrid kerana terpukau dengan persembahan magis beliau yang membawa kepada perselisihan faham diantara Beckham dan pengurus Manchester, Sir Alex Ferguson.

Beckham begitu mudah untuk memenangi hati peminat Bernabéu dan dalam masa beberapa minggu sahaja dia sudah memenangi gelaran pertamanya bersama kelab Real Madrid, Piala Super Sepanyol. Ketepatan hantaran bola dan gaya menakjubkan beliau sewaktu beraksi serta gaya merembat bola menyebabkan penyokong kelab itu amat menghargai dirinya dan beliau sentiasa diberi sokongan padu dalam meneruskan kerjaya beliau sebagai pemain utama kelab Real Madrid.

Pencapaian besar beliau sebagai pemain Madrid datang dalam tahun yang terakhir yang menyaksikan pertandingan yang menarik untuk Liga musim 2007, di mana David Beckham memainkan peranan penting dalam memenangi kejuaraan.

Beckham meninggalkan kesan yang baik apabila dia meninggalkan kelab itu telah menjaringkan 20 gol dalam 158 perlawanan. Selepas itu David Beckham berhijrah ke LA Galaxy selama 7 musim dan menamatkan kerjaya beliau pada 1 julai 2013 bersama kelab ternama Perancis iaitu Paris Saint Germain.

Beliau telah mencatatkan rekod keseluruhan yang amat baik sepanjang kerjaya beliau sebagai pemain bolasepak bertaraf bintang dunia. Beliau telah menjaringkan 122 gol dan assist sebanyak 143 kali daripada 714 perlawanan.

5. Cristiano Ronaldo

ronaldo 1

Cerita ini berlaku bahawa Sir Alex telah memujuk untuk membeli Ronaldo,sebahagian besarnya tidak diketahui mengenai potensi besar beliau yang bakal mengegar dunia. Beliau menandatangani kontrak bersama Manchester United ketika berusia 18 tahun dengan yuran perpindahan bernilai £ 12.24 juta pound pada tahun 2003, titik permulaan bermula sewaktu perlawanan persahabatan pra-musim menentang Sportin.

Sebenarnya, bos sudah lama mengetahui kebolehan beliau dan segera mengambil tindak sepantas yang mungkin kerana kelab-kelab lain juga menunjukkan minat yang semakin meningkat selepas melihat aksi beliau ketika mengalahkan pasukan Manchester United dengan jaringan 3-1.

Ronaldo pernah berkongsi cerita kepada pihak media mengenai pemilihan nombor jersi yang membawa kepada nombor 7 itu dengan mengatakan. “Selepas saya menyertai United, pengurus bertanya kepada saya apakah nombor yang saya suka. Saya berkata 28. Tetapi Ferguson berkata: ‘Tidak, anda akan menyarung No. 7,’ dan baju yang terkenal adalah sumber tambahan motivasi. Saya terpaksa hidup dalam penghormatan.”

ronald o2

Pada tahun pertamanya bersama United, beliau telah menjaringkan 8 gol untuk musim itu termasuklah jaringan pembukaan beliau pada perlawanan akhir Piala FA dengan kemenangan 3-0 keatas Millwall. Beliau juga dinamakan Pemain terbaik tahunan Sir Matt Busby.

Pada musim kedua beliau pula kelihatan sedikit sahaja peningkatan prestasi beliau yang menyaksikan beliau menamatkan musim 2004/2005 dengan 9 gol dalam 50 penampilan.

Musim 2006/2007 merupakan musim yang gemilang bagi beliau bersama United yang menjana kemenangan demi kemenangan secara berpasukan sekaligus memadamkan spekulasi perbalahan diantara dua bintang United iaitu Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo.

Ronaldo kelihatan semakin tajam didepan gawang dan permainan keseluruhannya semakin menyerlah dan sempurna pada musim 2007/2008. Jaringan gol sebanyak 42 gol dalam semua pertandingan sudah cukup untuk membuktikan beliau adalah sebaris dengan lagenda-lagenda United sebelumnya.

ronaldo 5

Pada bulan Mei, kegemilangan beliau telah membantu pasukan United mendominasi liga domestik dan peringkat antarabangsa dimana beliau telah membuat tandukan kencang kearah pintu gol lawan yang membolehkan United membawa pulang Piala liga-liga juara eropah di Moscow. Pada musim ini juga beliau menyapu bersih anugerah kelab dan individu.

Pada bulan Oktober 2008 beliau dinamakan FIFPro Player of the Year, dan pada bulan Disember menjadi pemain United yang pertama sejak George Best pada tahun 1968 yang dianugerahkan Ballon d’Or trofi berprestij itu dan pada bulan Januari 2009, beliau menjadi pemain yang pertama Red United untuk memenangi Anugerah Tahunan Pemain Terbaik Dunia FIFA.

“Ini adalah kemuncak era yang hebat,” katanya. “Saya bertuah kerana menjadi sebahagian daripada sejarah United. Ia adalah salah satu daripada saat-saat yang paling penting dalam hidup saya, saya berharap untuk kembali dalam kedudukan ini lagi.”

ronaldo 4

Pada 1 Julai 2009, adalah hari paling sedih dalam sejarah bolasepak Manchester United kerana pada hari itu adalah hari terakhir beliau bersama United. Beliau berlepas ke Real Madrid dalam perjanjian kontrak bernilai £ 80 juta pound yang menjadikan beliau pemain paling mahal di dunia ketika itu.

Bekas pengurus Sir Alex Ferguson berkata, “Cristiano telah menjadi pemain yang hebat untuk Manchester United dan sumbangan beliau telah menjadi faktor utama dalam mengecapi kejayaan kelab itu dan dalam masa yang sama,bakat beliau dan keupayaannya untuk menarik perhatian peminat adalah amat luar biasa yang mampu mempengaruhi peminat di seluruh dunia.”

Sepanjang kerjaya Ronaldo bersama United,Ronaldo telah menjulang sebanyak 3 kali Piala Liga Perdana Inggeris,1 Piala FA,2 Piala Perisai Komuniti,2 Piala Liga dan 1 Piala Liga Juara-Juara.

ronaldo 3

Semenjak beliau tiba di Bernabue dari Manchester United, peningkatan prestasi dalam menjaringkan gol semakin menyerlah dan membuatkan peminat-peminat Real Madrid sentiasa teruja untuk melihat aksi beliau diatas padang. Sehingga kini nama Cristiano Ronaldo kian gah sebagai pemain terbaik dunia yang telah mencetak gol sebanyak 324 gol daripada 522 penampilan setakat ini.

Walaupun beliau sudah tidak bersama dengan United lagi tetapi beliau tetap teruskan dengan langkah kejayaan bersama kelab Real Madrid. Setakat ini Ronaldo telah memenangi 1 Piala Juara-juara liga,1 Piala Super Eropah, 2 Piala Kelab Dunia FIFA dan 1 Piala La Liga.

Untuk koleksi keseluruhan Anugerah Individu, Ronaldo pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik oleh Ballon d’Or sebanyak 3 kali,Pemain Dunia FIFA, Kasut emas sebanyak 4 kali, Pemain terbaik UEFA, Pemain terbanyak menjaringkan gol peringkat dunia sebanyak 2 kali,FIFPRO World sebanyak 9 kali.

No comments:

Powered by Blogger.