Ads Top

4 Tips Untuk Membuatkan Telefon Pintar Android Anda Kembali Laju

Kami pasti tidak ada sesiapa yang mahukan telefon pintar yang beraksi dengan lembab. Apa yang lebih membuatkan kita stress adalah telefon pintar kita tidak lagi selaju ketika kita mula membeli. Seolah-olah seperti minta tuannya beli telefon pintar yang baru sahaja. Eh.

Secara asasnya, telefon pintar akan mula menjadi lembab berikutan kandungan cache yang tinggi di dalam telefon pintar. Selain itu, penyimpanan pelbagai data yang kadangkala tidak diperlukan sedikit sebanyak bakal membantut prestasi sesebuah telefon pintar.

Kami amat faham dengan situasi yang dialami buat mereka yang mengalami masalah ini dan oleh itu kami kongsikan 5 tips untuk membuatkan telefon pintar anda kembali kepada prestasi yang asal.

  1. Unistall aplikasi yang tidak diperlukan

lzgr770nzmbjl503tkfl

Sesetengah aplikasi kemungkinan kita jarang guna atau hanya gunakan sekali. Amatlah wajar untuk anda buang kerana penyimpanan aplikasi ini akan menggunakan saiz di dalam storan telefon pintar anda yang bakal buat telefon pintar anda perlahan. Contohnya adalah game-game yang tidak lagi berminat untuk main atau buka.

2. Buang gambar atau video yang tidak diperlukan

Whatsapp

Tidak dinafikan, setiap hari pasti kita akan menerima gambar-gambar ucapan atau video jenaka daripada perkongsian group Whatsapp. Selalunya perkara ini akan disampaikan oleh seseorang dari group sekolah anda atau daripada group keluarga anda.

Terlalu banyak gambar dan video ini juga kadangkala akan merencatkan prestasi telefon pintar anda. Fungsi ‘auto download media’ di Whatsapp juga buatkan kadangkala kita tidak sedar betapa banyak data yang telah kita simpan.

Bukanlah bermakna anda harus buang semua gambar dan video yang dikongsikan, cuma adalah lebih baik jika anda simpan data yang lebih diperlukan sahaja. Anda juga boleh pindahkan file ini ke dalam komputer atau ruang penyimpanan yang lain seperti Dropbox untuk memudahkan anda mengakses semula.

3. Mengubah skala animasi

d7qgd36tfwzsbcjwbjt3

Mungkin cara ini agak teknikal, tetapi tips ini sangat berbaloi untuk anda lakukan. Berikut merupakan cara untuk mengubah skala animasi buat telefon pintar Android anda.

  1. Buka tatapan atau settings anda.
  2. Seterusnya buka about About Phone
  3. Scroll kebawah dan anda akan dapati Build number
  4. Tekan label Build number sebanyak 7 kali untuk aktifkan Developer options
  5. Seterusnya anda boleh ke laman Developer options di bahagian Settings.
  6. Ubah ‘Transition animation scale’ dan ‘Window animation scale’ dari 1.0x kepada 0.5x

Jangan risau, perubahan yang dilakukan ini tidak akan merosakkan telefon pintar anda. Perubahan ini akan buatkan kurangnya animasi semasa sesebuah aplikasi dibuka dimanan dapat mempercepatkan proses pembukaan aplikasi.

Anda juga boleh mengurangkan kegunaan widget atau live wallpaper pada telefon pintar anda.

4. Cara yang terakhir: Factory reset

qvkdihnn4zimio0qthio

Mungkin ini cara paling efektif untuk mengembalikan kelajuan telefon pintar anda namun harus diingat, mengaktifkan factory reset bakal melenyapkan segala data yang ada di dalam telefon pintar anda.

Cara yang terbaik adalah anda membuat backup terlebih dahulu sebelum membuat factory reset.

Jika anda seorang yang mahir dalam teknikal Android, mungkin penggunaan ‘custom ROM’ boleh dipertimbangkan.

No comments:

Powered by Blogger.