Ads Top

17 Panduan Dan Rujukan Bagi Anda Yang Mahu Travel Ke Maldives

Assalamualaikum and Good Day!

Sebab ramai sangat mintak itinerari dan bajet ke Maldives, here we go.Ini bukanlah bajet backpackers ke Maldives atau ke Maldives dengan hanya RM1K atau Serendah RM1.5K anda boleh ke Maldives. Nan hado dik non.

Disini aku bagi sedikit tips dan panduan untuk sesiapa yang mahu ke Maldives sebab aku dah ke sana sebanyak 3 kali.

1.  Flight

Yang aku pasti flight ke Male, Maldives ialah AirAsia, 3 kali dalam seminggu. Hanya terbng pada hari selasa, khamis dan Sabtu. Ini kalau AirAsia tak tukar schedule diorang la.

Perjalanan Male – KL juga sama,hari yang sama. Kebiasaannya waktu depart dari KL ialah 6.55pm dan waktu depart dari Male 8.55pm. Airlines lain tak pasti,tapi maybe ada yang transit.

Paling murah boleh dapat return tickets KL – Male ialah RM750. Perjalanan adalah selama 5 jam. Ada seorang pilot Airasia Male – KL ialah perempuan nama Nadia. Kekeke. Smooth jer landing. Orang pun lawa.

2. Currency

Currency kat Maldives ialah Ruffiya. Aku tak rasa kat Malaysia boleh tukar Ruffiya. Korang tukar dulu RM – USD. Sampai airport Maldives ada satu Bank of Maldives, betul-betul terletak sebelah arrival hall.

Boleh tukar sikit duit kat situ untuk bayar kos pengangkutan korang nanti. Bank akan ambil USD100=MVR1500.

Tapi ada satu kedai cenderahati area depan President Jetty kat Bandar Male dia bagi lagi tinggi okay. Nama kedai City Souvenier. Kat depan kedai dia tu dia tulis Money Changer.

Lepas tu korang masuk dalam, tengok kat meja diorang. Ada satu note RM1 lama yang ada nama Rose & Qila. Hahaa. Gigih nau mencarik. Kali ketiga kitorang pergi sana kitorang dapat rate 16.2 = USD1.

Lepas ni, aku dah deal dengan diorang untuk 16.5 = USD1. Dapat ke tidak tu tidak pasti lah aku.

Kiranya aku tukar sekali je kat bank. Lepas tu aku terus tukar kat Bandar Male.

Walau korang dah tukar ke Ruffiya, simpan la sikit duit USD. Kat sana USD diterima je. Untuk persediaan , activate juga ATM for overseas withdrawal korang.

Duit Ruffiya tu kalau korang tukar banyak sangat dan lebih, baik habiskanlah Ruffiya tu.

Kalau nak simpan pun tak ada masalah. Tapi takkan nak simpan banyak sangat kan. Kalau nak tukar semula, baik tukar dekat Maldives terus, jangan bawa balik Malaysia. Nanti tak ada money changer yang terima.

Ni pengalaman kawan aku la. Apa pun terpulang pada korang la.

3. Airport dan Transit

Ibrahim Nasir International Airport ialah main airport di Maldives.Semua orang akan masuk melalui ini dahulu. Korang kena isi satu borang imigresen – arrival and departure form.

Aku terbawa balik Malaysia 2-3 keping sebagai preparation kat sana. Sedia siap-siap pen korang. Lepas siap isi form boleh terus cop passport. Jangan bagi hilang pulak departure form tu sebab nak kena guna masa balik nanti.

Airport Maldives terletak di Hulhule Island. Jadi korang akan sampai waktu malam. Mesti korang akan bermalam 1 malam dulu dekat Hulhule Island, Hulhumale atau Male City.

Biasanya macam ni lah. Tak kan nak redah speedboat malam-malam pergi hotel persendirian kot.

Cari je budget hotel atau guesthouse dekat Hulhumale atau Male. Lepas tu pagi-pagi esok boleh lah ambil atau deal pakej dengan mana-mana private resort ke apa.

tip-bercuti-di-maldives-11

tip-bercuti-di-maldives-2

tip-bercuti-di-maldives-3

tip-bercuti-di-maldives-4

tip-bercuti-di-maldives-5

4. Waktu Semasa dan Waktu Solat

Waktu kat sini lambat 3 jam dari Malaysia.Bila tiba kat airport, korang terus tambah lagi 3 jam kat jam korang tu.

Awal-awal datang dulu, aku fikirkan ala 3 jam je. Tak adalah jauh sangat beza. Tapi perut dan mata aku ikut waktu Malaysia kot. 3 jam tu ada bagi kesan juga dekat sesetengah orang. Jadi cuba adaptasi dengan masa kat sana. Jet lag sekejap la kononnya.

Untuk waktu solat, diorang awal macam kat Sabah dan Sarawak. Boleh install apps untuk dapatkan waktu solat ikut negara atau boleh dengar diorang azan.

Maldives ni kecik je. Masjid pun banyak dan penuh. Jadi tak payah risau. Memang akan dengarlah.

Untuk perempuan silalah bawa telekung sebab kat masjid atau surau diorang tak disediakan telekung. Atau korang pakai baju siap-siap yang boleh bawak solat terus.  Sediakan juga sejadah kecil.

Ketika waktu solat semua kedai ditutup ye. Jadi tak payah nak pergi membeli-belah masa waktu solat.

Lepas solat baru diorang buka semula. Lelaki Maldives memang berjemaah di masjid. Memang penuh semua waktu,bukan takat solat jumaat sahaja. Yang ni Malaysia perlu ikut.

5. Air Mineral

Air dekat sini semacam sikit rasanya walaupun korang dah masak air dengan takat didih 100 C.

Kalau tunggu sejuk air tu tetap rasa semacam.Tapi kalau nak buat air teh ke kopi ke milo ke,takde masalah. Takde bau pun.

Oleh sebab itu penduduk sini banyak bergantung kepada air mineral. Sepanjang duduk sini aku nampak ada 3 jenis air mineral je.

Yang warna hijau Taza, lagi 2 warna biru Bonaqua dan Life. Aku suka Bonaqua sebab packaging dia cantik tapi rasa tetap sama. Rasa air mineral lah.

Tiga-tiga jenis tu okay je nak minum. Minumlah air banyak-banyal sebab kat sini panas. Inikan pulau.

Mineral botol kecil tu harga dalam MVR4 – 5 je. Yang 1.5 liter tu dalam MVR10. Tapi kitorang beli yang satu carton  ada 4 botol 3 liter, harga MVR55 – MVR60 bergantung kepada jenama. Tapi sekali je lah kitorang beli sebab di masa lain hotel dah siap-siap sediakan air mineral untuk kitorang.

6. Sunglasses and Sunscreens

Tinggal kat sini bukan nak berlagak sebab asyik duk pakai sunglasses saja. Tapi sebab panas terik dan silau.

Aku pulak jenis pakai lense. Mau kering wooo jika tak pakai sunglasses .  Jadi jangan lupa bawa sunglasses korang. Penduduk sini pun pakai jugak. Jadi orang tak peduli pun. Pakai la kome.

Sebabkan kat sini panas dan aku ni orang Asia maka aku memang bawa dan pakai sunscreen. Aku pakai brand Banana Boat yang SPF110. Tinggi kan. Setinggi tahap burn aku kalau tak pakai weh. Muka aku cepat terbakar. Jadi memang aku pakai setiap masa duk sini termasuk masa mandi kat pantai jam 6 petang.

Sunscreens ni tolong masukkan dalam list korang jika nak datang Maldives. Nak beli kat sini pun okay .Tapi terpulang lah.

7. Makanan

Kat sini lebih kurang Malaysia juga cuma dia lebih kepada roti dan sandwich, macam tu la. Nasi dan makanan diorang pun lebih kepada herba dan pedas-pedas. Termasuk makanan diorang lah.T

Kat sini semua halal,insyaALLAH. Sebab negara orang Islam kan. Nasi putih diorang lembut sangat.Nanti korang cuba lah ye.

By the way, kitorang kat sini suka kuih-kuih diorang. Oh ya, jangan lupa cuba Maldivian breakfast.

Dia macam capati cicah tuna dan kelapa atau kari tuna. Kat sini banyak asas makanan tuna sebab dikelilingi Lautan Hindi iaitu lautan dalam. Banyak ikan tuna la.Segar-segar woo.

Kalau nak jimat soal makan, korang boleh masuk café. Harga dia lebih murah sikit berbanding dengan kedai nama restauran. Tapi sekali-sekala tak ada salah pun nak cuba makan di restoran. Try. See It. Feel It.

Baca: 15 Tips Penting Bercuti Di Maldives, Male

tip-bercuti-di-maldives-6

tip-bercuti-di-maldives-7

tip-bercuti-di-maldives-13

tip-bercuti-di-maldives-8

tip-bercuti-di-maldives-10

tip-bercuti-di-maldives-12

8. Ikan dan Pasar Tempatan

Fish market ni macam pasar ikan diorang lah. Dari President Jetty tu kena jalan terus sepanjang jeti sampai jumpa satu kedai besar warna biru. Depan kedai warna biru tu fish market.

Semua ikan segar-segar okay. Lepastu tersangatlah murah. Pasar diorang ni tersangatlah bersih. Takde bau busuk pun.

Kat sini macam-macam ikan tuna dan siakap ada. Belilah. Tapi sotong, udang tak ada ye. Yang ni beli kat market (kedai runcit) sebab dia dibekukan. Barang import kan.

Kat fish market ni korang boleh suruh diorang siang ikan sampai bersih. Tapi kena bayar lah.Lepas siap beli kena pergi satu kaunter dan tunjuk ikan mana kena siang.

Nanti dia bagi korng satu kertas macam resit gitu. Hari tu kitorang kena MVR20. Bawa kertas dan ikan nak siang tu. Pergila kat mana-mana orang siang. Nanti dia siang depan korang. Kasi cuci bersih-bersih. Tadaaa. Boleh terus masak lepas dah balik ke hotel.

Local market ni belakang sikit dari fish market. Dekat-dekat je pun tempat dia. Kat local market ni banyak jual buah dan sayur. Kitorang pusing-pusing je kat sini. Tak ada beli apa-apa pun sebab harga buah banyak yang mahal. Mentang-mentang import.

9. Bus dan Feri

Kat bandar Male tak ada bas. Bas hanya ada di Hulhumale saja.Bus ni hanya ada 2 je. Bas nombor N1 dan nombor N2. Dia akan pusing 2 tempat yang berbeza tapi akan berakhir dan bermula di jeti Hulhumale.

Tambang bas fixed MVR3 untuk setiap orang ke mana-mana destinasi.

Bas kat sini tak perlu tekan loceng. Dia akan berhenti kat semua bus stop yang ada tak kisah ada orang nak naik atau turun. Cuma kena alert  kita nak turun kat mana.

Ferry kat sini jugak dah macam bas.Memang pengangkutan utama kat sini adalah  feri. Sekarang ni kerajaan diorang perkenalkan feri baru nama premium link.

Feri premium ni dari Male – Hulhumale – Male je. Feri ni agak selesa sebab ada aircond bagai. Harga pun MVR10 per orang.

Cuma dia ada jadual  dia. Boleh tengok jadual feri premium ni yang dilekatkan kat kaunter.

Kalau feri biasa Male – Hulhumale tu MVR5.50 per orang dan kalau guna speedboat MVR25 per orang. Terpulang korang nak naik yang mana. Aku dah rasa semua.

Feri ni sesuai naik jika korang tinggal di Hulhumale lah. Ramai pelancong pergi private island. Biasanya pihak hotel dah sedia siap-siap speedboat  untuk pelancong.Ini untuk tips dan panduan sahaja.

10. Kedai dan Shopping

Kat Maldives kecuali di private island ,berlambak je market. Jangan nak terkejut sangat. Sebab banyak dan memang terlampau banyak (hiperbola ni) barangan Malaysia.

Maldives banyak import barangan luar. Market kat sini macam kedai runcit, 99 Speedmart dan KK Mart tu. Haaa. Cenggitulaa.

Tak payah risau kalau lupa nak bawa apa-apa sebab ada je barang-barang korang boleh beli kat sini. Setiap kali masuk kedai aku memang pusing satu kedai sebab suka tengok barang-barang dia.

11. Aktiviti

Aktiviti yang wajib dibuat bila datang Maldives tak kira sama ada korang duduk kat private island atau hanya jalan-jalan kat bandar ialah visit sand bank, tengok ikan lumba-lumba dan snokerling.

Aku memang rekomen 3 aktiviti ni sebab sand bank tu sangat banyak kat Maldives dan cantik. Susah kot nak jumpa tempat lain.

Watching dolphin pun sama. Jarang-jarang woo boleh tengok. Kat laut dalam je boleh. Invest sikit untuk aktiviti ni. Pasti berbaloi.

Snokerling pun jangan lupa untuk cuba. Lain rasanya snokerling dekat Maldives dengan Malaysia. Aura dia lain weh. Haha

Kitorang kat sini ambil pakej macam tu je tak sampai USD100 pun. Bargain weh bargain. Survey sampai lebam sepanjang pantai Hulhumale tu.

Tapi sekiranya ke private island, korang boleh tanya dengan resort. Diorang mesti dah ada pakej dengan harga tetap. Aku punya ni just ambil dengan local dan siap bargain bagai. Nak jimatkan kos.

Baca: 20 Tips ‘Survival’ Sewaktu Travel Ke Maldives

tip-bercuti-di-maldives-14

tip-bercuti-di-maldives-18

tip-bercuti-di-maldives-17

tip-bercuti-di-maldives-16

tip-bercuti-di-maldives-15

12. Pantai dan Pemadangan Menarik

Kat Maldives ni memang aku akui boleh menang pemandangan paling cantik la. Pantai dia pun lawa-lawa. Pasir pun putih. Memang cantik. Berdasarkan kawan aku kat sini bagi tahu, pantai-pantai diorang ni pantai buatan. Betul jugak. Diorang kena lah jaga kalau tak habis kena pukul ombak. Sebab tu pantai dia lawa-lawa.

By the way dekat bandar Male ada satu artificial beach. Di hujung minggu kat sini (jumaat dan sabtu), bersepah penduduk diorang melepak kat pantai.

13. Souvenier dan Cenderahati

Tentang souvenier pula (keychain,fridge magnet dan T-Shirt), jujurnya bagi aku biasa. Lagi pun dia import jugak barang-barang macam ni. Kalau nak rare, korang beli la coral diorang. Coral dia tu boleh bawa balik Malaysia, okay. Insyaallah,takkan kena tahan punya.

Harga dia berbeza-beza. Aku yakin dekat private island mesti mahal gila. Dekat bandar Male depan betul-betul President Jetty ada berderet-deret kedai souvenier.

Korang boleh pilih untuk beli kat situ. Pergi kat kedai hujung-hujung sikit. Tawar-menawar sikit, bodek-bodek. Insyaallah pasti dapat harga murah-murah.

Ada satu kedai souvenier sini pun dah cam kitorang. Hahaha. Memanjang datang beli siap bawa kawan lagi.

By the way boleh beli guna USD atau MVR. RM je tak boleh. Biasanya tukaran duit kat kedai macam ni dia bagi USD1=15.4 ke 15.6MVR,depends lah.

14. Internet / sim card

Dekat Maldives hanya ada 2 penyedia sim kad  iaitu Ooredoo dan Dhiraguu. Dua-dua warna merah macam Hotlink. Nombor Ooredoo mula nombor 9. Untuk  Dhiraguu pula  mula nombor 7.

Pendek-pendek je nombor diorang. 7 digit tak silap. Keluar je dari arrival hall korang boleh tengok belah kanan korang ada 2 kedai sim kad ni. Pergi lah beli kat situ.

Aku pakai Ooredoo. Boleh beli topup 100MVR dengan internet 1GB. Tapi aku ambil 300MVR dengan 4GB internet. Kena bayar GST MVR18. Jadi total MVR318. Lepas tu buat tethering ramai-ramai kat sini. Coverage dia biasa je. Kadang laju, kadang slow.

Pendapat aku, kalau korang datang untuk bercuti tak perlu untuk beli sim kad sebab majoriti hostel, hotel dan kedai makan ada wifi. Minta je dengan diorang.

Tapi ada sesetengah kedai makan dia kedekut tak nak bagi. Hehe. Au pernah kena kot. Jadi takyah beli sim kad. Have fun and enjoy your stay at Maldives.

Aku beli sebab urusan kerja. Perlu berhubung dengan orang-orang KL walaupun masa tu kitorang tengah naik feri. Lagipun aku claim. Kalau harapkan aku beli memang taklah. Tapi laju-laju wifi kat sini. Haha.

Jangan terkejut sebab ada sesetengah website kat sini diorang block. Aku pernah kena jugak. Nak download drama Korea ke apa. Lepstu website kena block.

Kiranya kerajaan diorang memang jaga betul-betul. Takde unsur-unsur mengarut dalam kehidupan teknologi. Tapi kalau korang pandai guna proxy, guna je la. Haha.

15. Male, Maldives

Male ni bandar utama diorang, memang padat. Semua urusan kerajaan memang ada kat sini. Penduduk kat sini pun banyak jalan kaki je.

Kereta pulak banyak untuk teksi. Teksi pun fixed harga MVR25 untuk ke mana-mana destinasi, jauh atau dekat.

Kalau ada luggage, dia cas MVR30 untuk satu teksi ya, bukan untuk setiap kepala. Teksi diorang tak ada resit. Tak payah nak mintak. Diorang pun tak ada Uber.

Teksi diorang kereta hebat-hebat. Suzuki Swift tu pun jadi teksi. Bandar Male ni korang boleh pusing dalam satu hari je untuk habiskan satu pulau.

16. Hulhumale, Maldives

Hulhumale pulau terdekat dengan Male. Biasanya tempat pelancong transit. Kalau nak backpackers dan jimat kos, boleh tinggal kat Hulhumale.

Lastu ambil pakej-pakej aktiviti. Tapi jika korang ada bajet pergi lak ke private island.

Hulhumale satu-satunya ada jalan darat ke airport Hulhule. Kat Hulhumale pun ni pun cantik-cantik pemandangan dia.

Kat Hulhumale juga ada penduduk tempatan yang tinggal. Jadi jangan nak macam-macam. Kat sini tak boleh pakai bikini atau seksi-seksi. Dekat private island takpe, boleh pakai seksi.

17. Budaya

Orang Maldives ni memang hormat orang Malaysia. Jadi tolong lah jugak jaga nama baik Malaysia kat sini. Diorang memang jadi mesra kalau dengar nama Malaysia. Kadang-kadang boleh dapat diskaun macam-macam.

Yang penting kita sendiri kena pandai tackle suasana. Diorang boleh speaking English,so don’t worry. Cukup sekadar korang tahu basic English, it will be okay then.

Aku tulis tips dan panduan berdasarkan pengalaman aku selama 3 kali datang Maldives. Mana yang salah tolong betulkan. Mana yang kurang mohon maafkan.

Baca lagi: Itinerari Travel Cara Bajet 5 Hari 4 Malam Di Maldives

No comments:

Powered by Blogger.