Ads Top

Tujuh Maut Kemalangan Babitkan Lori & Van



JOHOR BAHRU, 26 Mac: Tujuh maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori dan van kilang di Jalan Seelong berhampiran dengan Kampung Seelong Jaya di Senai dalam kejadian kira-kira 6 pagi tadi.

Enam mangsa,  termasuk tiga wanita maut di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di Hospital Kulai.

Dua lagi mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan.

Portal Astro Awani melaporkan, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra, Norarasyil Azim Norahmat berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.16 pagi.

Sebuah jentera dengan tiga anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

Siasatan masih lagi dijalankan. - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.