Ads Top

Luluh Hati Seorang Suami Lihat Isterinya Ketagih Layanan Nafsu Mat Afrika




KUALA LUMPUR - Luluh hati seorang suami sejurus menangkap wanita yang bergelar sebagai isterinya sedang bersekedudukan dengan seorang lelaki Afrika di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang, kelmarin.

Mangsa, seorang kontraktor, menyerbu bilik hotel itu dengan dua anak saudaranya serta diiringi polis pada jam 2.30 pagi.

Sebelum itu, mangsa yang berusia 50-an itu mengesyaki wanita itu curang dan selalu turun ke ibu kota untuk bertemu dengan keli Afrika itu.

Susulan itu, mangsa merancang untuk menyiasat dan berpura-pura memberitahu isterinya yang dia ingin ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun, lelaki itu menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori wanita itu yang didapati meninggalkan rumah mereka.

Lelaki terbabit kemudiannya mengekori isterinya sehingga ke ibu kota.

Melihat isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, lelaki terbabit bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan untuk melakukan serbuan.

Tekaan lelaki itu tepat apabila serbuan mendapati wanita itu curang dan sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria. Malah, wanita itu ditemui dalam keadaan yang tidak berpakaian lengkap.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut. 

Sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).

No comments:

Powered by Blogger.