Ads Top

Keadaan Tuan Guru Haron Din Dilaporkan Semakin Stabil Hari Ini


SHAH ALAM: Keadaan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang telah dikejarkan ke Institut Jantung negara (IJN) semalam selepas diserang sakit jantung dilaporkan semakin stabil hari ini, lapor Sinar Harian.

Perkara ini disahkan oleh anak beliau Dr Huda Haron di mana katanya Tuan Guru telah diserang sakit jantung terbaru yang agak serius setelah menjalani rawatan angioram dan angioplasty di Institut Jantung negara (IJN) semalam menyebabkan bapanya dimasukkan ke wad Unit Rawatan Koronari (CCU) untuk rawatan dan pemerhatian.

Menurut Exco Pemuda Pas, Nurul Islam Muhamed Yusoff berkata, keadaan Haron dilaporkan stabil pada hari ini.

Tuan Guru Haron Din telah dimasukkan ke IJN selepas mengadu mengalami sakit dada pada Selasa lalu.

Beliau sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco Amerika Syarikat (AS) pada 2 April 2012. - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.