Ads Top

[7 FOTO] Qistina Gadis Cantik Tawar Diri Jadi Tutor Peribadi

ppppp


Qistina Gadis Cantik Tawar Diri Jadi Tutor Peribadi|Kuala Lumpur: “Hanya pelajar serius saja boleh mendaftar dan apa saya buat bukan main-main. Hormatilah keikhlasan saya menjadi tutor peribadi,” kata remaja perempuan, Qistina Enara Haris, 18.

Penuntut Kolej Antarabangsa Kirkby, Cyberjaya dalam jurusan Bahasa Inggeris itu berkata demikian selepas kisahnya menawarkan khidmat tutor menjadi viral sehingga ramai beranggapan bukan-bukan berkenaan tawaran terbabit.

Bercerita lanjut kepada Harian Metro, kata Qistina, apa dilakukan demi menjana wang tambahan bagi pembiayaan dan bayaran yuran kolej.

“Saya suka berdikari dan tidak mahu susahkan orang tua lebih-lebih lagi meminta daripada ibu. Dia juga perlu duit untuk menampung kami adik-beradik yang masih belajar memandangkan dia ibu tunggal.

“Lagipun, saya mula berdikari sejak usia 16 tahun dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual pakaian, kasut dan beg untuk remaja perempuan,” kata anak ketiga daripada empat beradik ini.

Turut menawarkan harga murah untuk caj khidmat tutornya, kata Qistina, dia berniat membantu golongan ibu bapa kurang mampu yang mahu meningkatkan kualiti pendidikan anak, malah memberi diskaun kepada mereka.

“Saya mahu bantu orang susah yang perlukan bantuan mengubah cara pembelajaran dan meningkatkan mutu pendidikan.

“Setakat ini, saya sudah ada 50 pelajar yang mahu mendaftar dan mendapatkan khidmat saya. Bagaimanapun, saya terpaksa memilih dengan memberi keutamaan kepada mereka yang mahu belajar, selain perlu bahagikan masa untuk kuliah,” katanya.

Apa yang menarik, Qistina pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 dengan memperoleh keputusan 7A ketika belajar di SMK Cyberjaya.

Bagaimanapun, dengan rupa paras cantik, niatnya mencari wang perbelanjaan disalahertikan orang ramai sedangkan pernah menawarkan khidmat sama tahun lalu dengan mendapat empat pelajar.

“Ini anugerah dan tidak mahu guna wajah cantik untuk menarik perhatian ramai. Nak dapat ilmu, kita perlu serius.

“Ibu saya juga beri semangat dan percayakan dengan apa yang saya buat,” katanya yang turut aktif dalam aktiviti amal.

Qistina yang juga pelakon dan model memberitahu, dia tidak mahu mempedulikan kata-kata umum mengenai dirinya dan tawaran khidmat tutor itu.

Kata Qistina yang menawarkan perkhidmatan tutor bagi Cyberjaya, Dengkil, Putra Perdana dan Seri Kembangan, dia dibantu abangnya yang juga mahasiswa universiti swasta di sini. - Metro


Gambar  Qistina

tl


kd


k


tutor


tutoe


to

instagram qistina

No comments:

Powered by Blogger.