Ads Top

Taska: Bayi 3 Bulan Masuk Wad Lebam Dibelasah Bayi 1 tahun

iop



Taska: Bayi 3 Bulan Masuk Wad Lebam Dibelasah Bayi 1 tahun|Seorang bayi berusia tiga bulan dimasukkan ke wad selepas mukanya dipenuhi kesan lebam dipercayai digigit dan dipukul kanak-kanak di bawah jagaan sebuah taska di bandar raya ini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Nina Amanda Kamarul Anuar dikatakan dipukul seorang kanak-kanak berusia lebih setahun hingga lebam di muka.

Bapanya, Kamarul Anuar Mamat, 34, berkata, dia kecewa dengan pengasuh di pusat jagaan berkenaan yang tidak mengasingkan anaknya daripada kanak-kanak lain di taska terbabit.



11221766_544000449101098_6695379106905077408_n



Menurutnya, melihat keadaan muka anaknya dipenuhi kesan lebam itu, dia mengesyaki anaknya dipukul lama oleh kanak-kanak lain, namun tidak diendahkan pengasuh kerana menyangka ia tangisan biasa.

Katanya, dia mengetahui kejadian itu selepas pengasuh taska berkenaan menghubungi isterinya, Norita Kamilah Mamat, 34, yang memberitahu muka anaknya digigit.

Gambar yang di kongsikan oleh beberapa page turut mendapat perhatian ramai.katanya kejadian itu tidak masuk akal dan mereka mendakwa bayi ini tersembam kelantai.



10455924_544000559101087_8282116349709473761_n




12246927_544000475767762_2882075303084947578_n




12208606_544000529101090_6634356193564757976_n



10455924_544000559101087_8282116349709473761_n

No comments:

Powered by Blogger.