Ads Top

Ma’Nene Suku Toraja Hidupkan Balik Simati Setiap Tahun (10 Gambar)

troja



Ma'Nene Suku Toraja Hidupkan Balik Simati Setiap Tahun (10 Gambar)|Setiap tiga tahun, golongan Toraja di Sulawesi mempunyai cara pelik untuk menghargai dan memperingati ahli keluarga yang meninggal dunia dengan menggali semula kubur mereka, membersihkan mayat dan memakaikan baju kegemaran si mati dalam upacara Ma’nene yang berusia ratusan tahun.

Upacara Ma’nene bermula di kampung Baruppu lebih seabad lalu, kata jurugambar Agung Parameswara yang merakamkan ritual unik itu.

Katanya, menurut orang Toraja, seorang pemburu bernama Pong Rumasek memburu di kawasan pergunungan apabila dia menemui mayat yang mereput di bawah pokok.

Pong memakaikan mayat itu dengan bajunya dan mengebumikannya perbuatan yang dipercayai membawanya rezeki dan nasib baik. Disebabkan itu, amalan berkenaan mula dilakukan golongan Toraja yang menganggap roh ahli keluarga yang meninggal dunia akan membalas jasa kerana menjaga mayat mereka.

Ketika Ma’nene yang bermaksud Upacara Membersihkan Mayat kubur ahli keluarga digali semula sebelum mayat mereka dibersihkan dan dihiasi menggunakan baju baru.

Keranda mereka digantikan atau diperbaiki sebelum anggota keluarga berarak membawa mayat berkenaan di sekitar kampung mengikut laluan lurus tertentu yang dipercayai mampu menghubungkan mereka dengan entiti rohaniah dikenali sebagai Hyang.

Majoriti 650,000 orang Toraja sebenarnya beragama Kristian atau Islam, namun sebilangan kecil masih mengikut amalan nenek moyang dikenali sebagai ‘Aluk Todolo.’

Upacara pengebumian antara perkara paling penting dalam kehidupan golongan itu, malah ada Toraja yang sanggup menyimpan wang sepanjang hidup mereka untuk memastikan mendapat pengebumian yang elok.

Ada juga majlis pe­ngebumian diadakan bertahun-tahun selepas kematian seseorang bagi membolehkan keluarga mereka mengadakan upacara besar-besaran dikenali sebagai ‘Puya’ yang dipercayai mampu menghantar si mati ke alam seterusnya.


kol


Malah ada juga yang sanggup berhutang untuk menampung perbelanjaan majlis pengebumian anggota keluarga kerana menganggapnya terlalu penting untuk memastikan pertalian antara yang hidup dengan mati tidak terputus.

Upacara pengebumian mengambil masa beberapa hari dan membabitkan penyembelihan haiwan seperti kerbau atau babi untuk memastikan kesenangan orang tersayang di alam seterusnya.

Haiwan itu melalui pelbagai ujian kekuatan dikenali sebagai ‘tedong silaga’ sebelum disembelih dan tanduk diletakkan di luar rumah keluarga si mati. Lebih banyak tanduk dikumpul, lebih tinggi status si mati.

Mayat si mati pula diletakkan dalam gua di cenuram sehingga majlis pengebumian selesai. Ia kemudian dipercayai memulakan perjalanan ke ‘alam roh.’

Pada satu ketika patung dinamakan ‘tau tau’ turut diletakkan di luar makam berkenaan untuk menjaga mayat, namun ada yang dicuri menyebabkan kebanyakan keluarga memilih menyimpan mayat di rumah mereka saja. Mayat ini digelar ‘orang yang sakit’ atau ‘tidur’ kerana penduduk percaya mereka belum benar-benar mati sehingga dikebumikan.

Selain itu, Toraja percaya mayat mesti dikebumikan di tempat mereka mati atau di mana mereka paling banyak menghabiskan masa ketika hidup, malah lokasi pengebumian juga boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan keluarga.

Selain itu, mereka juga percaya roh si mati mesti dibawa pulang ke kampung mereka. Disebabkan itu, jika seorang Tojaran meninggal dunia dalam perjalanan ke sesuatu tempat, keluarganya mesti pergi ke tempat kematiannya berlaku untuk mengiringi rohnya kembali ke kampungnya.

Bayi Toraja yang meninggal dunia sebelum tumbuh gigi pula dibungkus dalam kain sebelum disemadikan dalam pokok kerana dipercayai roh budak itu akan menjadi sebahagian daripada pokok berkenaan.


hmetro.com.my



Gambar sekitar upacara Ma'nanae suku Toraja
gali kubur


aneh



opop


menae



mayat



matilah



kolp



No comments:

Powered by Blogger.