Ads Top

AKHIRNYA, BAPA KEPADA BUDAK 12 TAHUN YANG KAHWIN MUDA VIRAL DULU TAMPIL DEDAH HAL SEBENAR DIA IZIN ANAK KAHWIN

4878

      • Image via tnp.sg
        Perkahwinan pasangan muda ini tidak sampai satu tahun.

E52c

7864Image via mysumber.com
Gambar perkahwinan Mohd Fahmi dan Nur Fazira.
Nor Fazira Dikahwinkan Pada Umur 12 Kerana Telah Diperkosa Oleh Bekas Suaminya, Kata Bapa Nor Fazira

  • Bapa kepada pasangan kahwin muda, Saad Mustafa mendedahkan bahawa anak perempuannya, Nor Fazira Saad, 13, diperkosa oleh bekas suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, bersama dua kawan lelaki empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.
    Saad, 44, berkata, dia membuat laporan polis pada 15 Julai 2012, namun ibu bapa Mohd Fahmi datang menemuinya selama beberapa hari merayu laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu anaknya menerima hukuman penjara.

    Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.

    Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai.

        • Ba84Image via thestar.com.my
          Saad menunjukkan laporan polis yang dibuat oleh anaknya Nor Fazira pada tahun lalu.



No comments:

Powered by Blogger.