Ads Top

'Kau Rakam Video Aku Mandi Ke?'





KUALA LUMPUR - Sangkakan dapat mandi dengan tenang, namun meleset apabila aksinya sedang mandi dirakam oleh rakan serumah di Taman Bunga Raya, Setapak, semenjak dua bulan lalu.


Mangsa, 20, pelajar perempuan sebuah kolej swasta di ibu negara tidak menyangka aksinya yang sedang mandi di dalam bilik air dirakam oleh rakan durjana dan menyedari perbuatan rakannya itu ketika dia sedang mandi dan bersiap ke kolej pada 7 Jun yang lalu.


Difahamkan, mangsa menyewa bersama-sama dengan suspek di sebuah rumah teres dua tingkat yang  diubah suai menjadi 12 bilik di mana tingkat bawah mempunyai tiga bilik dan tingkat atas pula mempunya sembilan bilik selain dari mempunyai tandas di setiap tingkat.


Menurut mangsa, bilik air di tingkat bawah telah rosak menyebabkan dia tidak mempunyai pilihan lalu terpaksa menggunakan bilik mandi di tingkat atas.


Suspek yang menyedari mangsa selalu mandi di tingkat atas itu bertindak merakam aksinya menggunakan telefon bimbit.


Menyedari dirinya dirakam, mangsa bertanya kepada lelaki itu mengenai perbuatan kejinya itu dan akhirnya mengaku berbuat demikian.


Mangsa serta merta terus merampas telefon bimbit suspek dan juga menemui pemacu cakera yang menyimpan lagi 12 koleksi video rakaman yang melibatkan tiga lagi mangsa lain di rumah itu.


Ekoran penemuan itu, tiga daripada mangsa itu terus membuat laporan polis pada jam 9.45 pagi. Namun suspek telah melarikan diri.


Polis kini sedang memburu lelaki berusia 20 tahun itu bagi membantu siasatan. 



No comments:

Powered by Blogger.