Ads Top

[KISAH BENAR} Ditemui Hidup!!!Lapan hari dalam kubur...





[KISAH BENAR] Ditemui Hidup!!!Lapan Hari Dalam Kubur...

Beijing: Seorang bayi baru lahir ditemui hidup walaupun selepas lapan hari ditanam di sebuah tanah perkuburan di wilayah Guangxi, selatan China.

Bayi lelaki itu ditinggalkan ibu bapanya di daerah Tian Dong selepas dilahirkan sumbing.

Bagaimanapun, tangisannya didengari seorang wanita yang mencari herba untuk dibuat ubat, lapor akhbar People’s Daily Online.

Wanita berkenaan, Lu Feng-lian yang ketakutan mendengar tangisan itu kerana menyangka ia hantu meluru ke sebuah kuil Buddha berhampiran untuk mendapatkan pertolongan.

Dengan bantuan sami Zhao Shimin, 75, mereka kembali ke tempat kejadian sebelum mengesahkan ia tangisan bayi dari kawasan kubur tanpa tanda dan memaklumkannya kepada polis.

Polis menggali beberapa sentimeter sebelum menemui bayi berkenaan dalam kotak kadbod.

No comments:

Powered by Blogger.