Ads Top

Kes Viral Bunuh Gadis Di Taman Daya

KES BUNUH


Kes Viral Bunuh Gadis Di Taman Daya|Polis menafikan berlaku kes pembunuhan ke atas seorang murid perempuan di hadapan sebuah di Taman Daya, di sini, seperti yang diviralkan di laman sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, semakan dan siasatan mendapati tiada laporan polis diterima berhubung kes berkenaan.

“Kita tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kes bunuh atau penemuan mayat di kawasan Taman Daya dan siasatan mendapati tiada pasaraya Mydin di kawasan perumahan itu seperti yang didakwa dalam laman sosial.

“Untuk makluman gambar tersebut telah mula diviralkan sejak semalam (kelmarin) dan ada menyatakan bahawa kes tersebut berlaku di luar negara,” katanya.

Sulaiman menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak diketahui tentang kebenaran kerana khuatir akan menimbulkan kebimbangan masyarakat.

“Perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat tersebut adalah perbuatan yang sia-sia kerana akan menimbulkan kegusaran kepada ketenteraman awam,” katanya.sumber : sinarharian.com.my/

No comments:

Powered by Blogger.