Ads Top

Hanya Dengan Makan Malam, Remaja Korea Ini Raih Pendapatan RM6K Sehari






Setiap malam, remaja 14 tahun Kim Sung-Jin yang berasal dari Korea Utara akan memesan makanan seperti ayam goreng, pizza atau masakan cina untuk dimakan di kamar kecilnya yang terletak di selatan kota Seoul.

Rutin harian yang dilakukan oleh Kim semenjak usia 11 tahun akan dirakam dan dimuatnaik ke Youtube. Yang menariknya, rutin harian Kim ini mendapat tontonan ribuan orang ramai khususnya remaja dan dia juga turut memperolehi pendapatan lumayan sehingga mencecah RM7K.







Dikenali dengan nama gelaran Patoo, Kim adalah salah seorang selebriti paling muda di Afreeca TV yang merupakan sebuah aplikasi siaran video online.

Kim yang memiliki tubuh badan yang kurus merakamkan aktivitinya menjamu makanan setiap malam untuk tontonan orang ramai.Ada masanya dia juga turut mempelawa teman-temannya untuk makan sekali bersamanya.

Mungkin anda hairan kenapa golongan remaja di Korea Selatan begitu teruja sekali menyaksikan orang makan? Jawapannya ialah kerana Afreeca TV telah menjadi sebahagian budaya online dan kehidupan sosial remaja di sana.







Apa yang dilakukan oleh Kim ini digelar sebagai Meok Bang, iaitu gabungan perkataan Korea yang membawa maksud “makan” dan “siaran”.

Kim tinggal bersama kakak dan neneknya. Kim lebih selesa memilih untuk makan lewat dan seorang diri.

“Rutin ini membuatkan saya sangat gembira. Orang ramai sering menyapa saya ketika terserempak,” ujar Kim.

Seorang remaja 17 tahun, Ahn Won-jun, lebih suka makan malam di kamarnya sambil menyaksikan Kim daripada menjamu selera bersama orang tuanya di meja makan.

Sumber dari nypost.com

No comments:

Powered by Blogger.