Ads Top

Gadis mahu ke tempat kerja diperkosa dalam kereta






Kuala Lumpur - Seorang gadis sedang berjalan kaki ke tempat kerja diculik dua lelaki sebelum dirogol di dalam kereta berhampiran sebuah bangunan di Sunway di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun menunggu untuk melintas jalan di Salak Selatan di sini, sebelum ditarik suspek menaiki kereta.

Sumber berkata, kereta dinaiki dua lelaki tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum salah seorang daripadanya menarik mangsa masuk ke dalam kenderaan itu.

“Mangsa kemudiannya dicabul di dalam kereta itu sebelum dibawa ke kawasan meletak kenderaan sebuah bangunan dalam pembinaan di kawasan Sunway,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudiannya dirogol di dalam kereta itu sebelum berjaya melarikan diri dan meminta bantuan orang ramai.

“Mangsa dikatakan berjaya melarikan diri ketika suspek sedang bertukar tempat duduk dengan rakannya yang memandu kereta itu.

“Mangsa turut menjerit meminta tolong namun ketika kejadian tiada orang awam berada di lokasi kejadian. Susulan itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan di sini,” katanya.


No comments:

Powered by Blogger.