Ads Top

GADIS COMEL 16 TAHUN INI DILAHIRKAN BEGITU CANTIK SEKALI, NAMUN AKIBAT LAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK INILAH 8 FOTO HASIL WAJAH TERBARUNYA YANG BETUL-BETUL MENGERIKAN


KISAH kaum wanita mengubahsuai wajah dengan menjalani prosedur pembedahan plastik adalah sesuatu yang tidak asing lagi didengar.

Begitu juga perihal wajah yang tak berapa nak menjadi selepas dibedah.. tu pun banyak berlaku termasuk menimpa beberapa selebriti tanah air kita satu ketika dulu.

Tapi seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, baru-baru ini telah menggemparkan paranetizen di China apabila gambar wajahnya yang terlalu aneh selepas menjalani pembedahan tersebar.

Meskipun gadis berkenaan kelihatan tersenyum penuh yakin seolah-olah wajahnya itu amat menawan, sesiapa pun pasti terperanjat apabila melihat dirinya.

Manakan tidak, dia kini lebih kelihatan seperti patung memakai topeng berbanding manusia yang masih terlalu mentah usianya.

Malah ada yang menyifatkan, walau lahir pada tahun 1999 dia lebih kelihatan seperti lahir pada 1899.

Kepada kaum hawa yang berniat nak mengubah kejadian Tuhan dengan menjalani pembedahan muka tu tolonglah dengar nasihat ikhlas kami ini… ianya tidak menjadikan wajah lebih cantik seperti yang disangka tapi lebih kepada scary wo..!



Hukum Pembedahan Plastik Menurut Pandangan Islam

PEMBEDAHAN kosmetik atau pembedahan plastik terbahagi kepada dua:

i. Merawat rupa luaran manusia disebabkan kecacatan semula jadi.
ii. Mengubah atau menambahkan kecantikan luaran atas kehendak nafsu.

Hukum Pembedahan Plastik Menurut Pandangan IslamHukum prosedur pembedahan plastik bergantung kepada niat dan tujuan ia dilakukan.

DiwajibkanProsedur untuk menutup luka, memperbaiki bekas luka parah atau menampal kulit kesan terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.

DiharuskanBertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota tubuh.

DiharamkanMengubah ciptaan ALLAH SWT seperti menukar alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan sebagainya.

Nas mengharamkan pembedahan plastik bertujuan selain kesihatan adalah berdasarkan firman ALLAH SWT:

"Apa yang mereka sembah selain dari ALLAH itu, hanyalah berhala-berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan, yang dilaknat ALLAH dan yang telah mengatakan:

“Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku).

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka dan sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan ALLAH”.

Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata." (Surah Al-Nisa, Ayat 117 hingga 119)Terdapat juga hadis menyebut:

“Rasulullah melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani)Sumber : - Sinar Harian


Rakyat Korea Selatan Obses Pembedahan Plastik

Obses rakyat Korea Selatan terhadap pembedahan plastik bagi mencapai kecantikan sempurna mula menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak.

Keadaan itu dilihat bertambah buruk apabila selebriti popular Korea seperti Goo Hara daripada kumpulan KARA mengaku melakukannya, menambah tarikan untuk mencapai kesempurnaan.

Fakta pembedahan plastik rakyat Korea Selatan:

Menurut data industri itu, Korea Selatan yang mempunyai penduduk kira-kira 50 juta orang merupakan negara kedua terbesar melakukan pembedahan plastik selepas Hungary.Beribu-ribu laman web dengan beratus ribu pengikut muncul, di mana ia membenarkan pengunjungnya berkongsi kaedah untuk mencapai tubuh sempurna, membincangkan kesan pembedahan plastik dan menghantar pertanyaan bahagian tubuh yang mana perlu diubah.

Menurut Persatuan Pembedahan Plastik Astetik Antarabangsa (ISAPS), sebanyak 770,913 pembedahan plastik dilakukan di Korea Selatan pada 2010, meletakkan negara ini di tempat ketujuh dalam senarai terbanyak pembedahan plastik dilakukan di peringkat global.Pembedahan plastik paling popular dipercayai adalah prosedur menjadikan mata lebih besar dan bulat, namun pembedahan untuk menjadikan muka lebih kecil termasuk liposuction dan perubahan tulang rahang merupakan prosedur terkini yang banyak dilakukan.

Kebanyakan pelajar perempuan sekolah tinggi memilih melakukan pembedahan itu selepas menduduki peperiksaan untuk kemasukan ke kolej dan klinik pembedahan plastik melancarkan pengiklanan agresif termasuk pakej ibu dan anak atau dua prosedur dengan yuran murah.

Dalam pada itu, kebimbangan timbul sejak 2008 apabila gambar seorang wanita yang mukanya rosak teruk selepas pembedahan plastik, mula tersebar di Internet.

Agensi Pengguna Korea berkata, jumlah kes akibat kesan buruk pembedahan plastik itu meningkat kepada 4,043 kes pada tahun lepas daripada 1,698 kes pada 2008.


No comments:

Powered by Blogger.