Ads Top

Budaya Air Jampi Untuk Anak Hadapi Peperiksaan (Coca-Cola Vs Air Jampi 30 Juz)

yes co



Budaya Air Jampi Untuk Anak Hadapi Peperiksaan (Coca-Cola Vs Air Jampi 30 Juz)|Ada sesuatu yang perlu kita renungkan bersama tentang air yang di jampi untuk anak anak sekolah yang menghadapi peperiksaan atau lain lainnya.


Tidakkah anda merasa pelik apabila Anak melayu islam meminum air yang di jampi dengan bacaaan 30 juz al-quran namun tetap gagal.sedangkan anak non muslim minum coca cola ,teh o ais ,teh tarik boleh berjaya dengan cemerlang.



Dimanakah silapnya?

Allah telah jelaskan dalam firmanNya bahawa Dia hanya makbulkan doa dan mengubah nasib orang yang sudah berusaha bersungguh-sungguh, bukan yang tidak berusaha tetapi asyik merintih berdoa minta Allah beri hasil terbaik yang tidak setanding dengan usaha kita.


Berbuatlah dengan ilmu. Tuntutlah ilmu dengan rasa rendah diri. Jangan kita suka menyombongkan diri tidak mahu mendengar nasihat dan enggan belajar dengan merendah diri.Jangan amalkan tabiat suka bertaklid buta, ikut-ikutan dan asyik bersangka-sangka.


QS: 17. Al Israa'

36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.


37. Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
QS:10. Yunus 36. Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.



Renung dengan berlapang dada dari inti ceramah yang agak santai ini.

No comments:

Powered by Blogger.